TERKINI

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA.JEMPUTLAH KE PERPUSTAKAAN KAMI..

Rabu, 5 Oktober 2016

Cakpelum


Andai ada daun pedada,
Di buat jelum kepala budak,
Askar ada peluru pun ada,
Kenapa cakpelum berbunyinya tidak?

Pantun Nukilan Haizatul Afni Bakhtiar -PPANPs 

Permainan cakpelum yang dulunya dimain oleh kanak-kanak .Senapangnya diperbuat dari buluh manakala pelurunya adalah  buah cenderai.Pelurunya jika terkena betis,lengan atau leher akan memberi rasa yang sangat perit hingga mengalirkan air mata.Getah cenderai sekiranya terkena baju akan meninggalkan kesan kotoran yang tidak akan keluar jika dicuci.Masih adakah cakpelum pada masa ini?Alahai...terkenangnya zaman dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan