TERKINI

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA.JEMPUTLAH KE PERPUSTAKAAN KAMI..

PROFIL PERPUSTAKAAN


MAKLUMAT  PERPUSTAKAAN DESA MASJID KG.SIMPANG SANGLANG,PERLIS.



SEJARAH
PERPUSTAKAAN MASJID KG SIMPANG SANGLANG.

Perpustakaan desa merupakan satu langkah awal yang diambil oleh Perpustakaan Negara Malaysia dalam usaha pihak kerajaan membangunkan sebuah pusat maklumat yang berorentasikan sumber teknologi maklumat terkini seperti penggunaan Internet dan perkhidmatan mencetak, sumber rujukan dan aktiviti.

Pelbagai aktiviti gerakan membaca telah dilaksanakan dalam usaha memperkenalkan perpustakaan desa kepada seluruh masyarakat setempat. Pihak pengurusan perpustakaan desa yakin dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti berunsur keilmuan, ia mampu menarik minat seluruh masyarakat setempat untuk datang dan menikmati segala kemudahan yang telah disediakan oleh perpustakaan desa. Penggunaan perpustakaan secara berkesan mampu melahirkan masyarakat luar bandar yang berpengetahuan luas dan mampu menjadi bangsa yang berjaya.
Penubuhan perpustakaan desa adalah salah satu usaha kerajaan untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat luar bandar. Melalui cara ini diharap dapat merapatkan jurang ilmu dan digital dikalangan penduduk di luar bandar dan bandar. Disamping itu ianya bertujuan untuk memupuk minat membaca dan mencintai ilmu serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat di desa. Projek pembinaan perpustakaan desa ini dibiayai melalui peruntukan khas belanja mengurus Kerajaan Persekutuan tahun 2005 dan 2006

Perpustakaan Desa Masjid Kg Simpang Sanglang ini mula beroperasi pada 3 Julai 2007.Pada mula perkhidmatan perpustakaan ini hanya memberi pinjaman,rujukan buku ,majalah dan akhbar dan aktiviti secara percuma sahaja.Pada 3 September 2013 ,perpustakaan desa ini telah meluaskan perkhidmat dengan memberi khidmat jalur lebar secara percuma kepada pengguna perpustakaan.

Kami juga menjalankan aktiviti aktiviti kepada masyarakat sekurang kurangnya tujuh kali sebulan.Perkhidmatan pinjaman berkelompok dan perkhidmatan dari pintu ke pintu juga disediakan bagi kemudahan masyarakat yang mempunyanyai kekangan untuk hadir ke perpustakaan

MISI 
PERPUSTAKAAN DESA MASJID KG.SIMPANG SANGLANG.


Menyediakan infrastruktur maklumat kearah pembinaan tamadun ilmu dikalangan masyarakat awam.Penyediaan sumber maklumatdengan aplikasi teknologi tinggi dapat mendedahkan para pengguna kepada maklumat terkehadapan agar dapat berada setanding dengan bangsa yang maju di alaf akan datang.

CARTA ORGANISASI 

PERPUSTAKAAN DESA MASJID KG.SIMPANG SANGLANG.


Pn.Nafisah Ahmad
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia


Encik Dahlan Samad
Timbalan Pengarah Kanan
Pembangunan dan Perpustakaan Desa
Perpustakaan Negara Malaysia.


En.Azizi Janan
Pengarah 
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis


En. Mohd Tarmizi Wahab
Ketua Bahagian
Pembangunan dan Rangkaian Perpustakaan
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.


Pn.Norwani Mahamad Nor
Penyelia Zon 4

Pn.Hasniza Ibrahim
Pembantu Pustakawan


En.Mohd Shah Choh
Pembantu Operasi




CARTA JAWATANKUASA AKTIVITI 

PERPUSTAKAAN DESA MASJID KG.SIMPANG SANGLANG.



Tn Hj Abd Halim Osman
Penasihat

Tn Hj Zairul Anuar Kamis @Saad
Pengerusi 

Pn.Norwani Md Ali
Timbalan Pengerusi

Pn.Hasniza Ibrahim
Setiausaha

Ahli Jawatan Kuasa:


  1. En.Mohd Shah Choh
  2. En.Abd Gani On
  3. Pn.Faizah Hashim
  4. Pn.Noraini Ismail
  5. P.Norwani Mahamad Nor





STATISTIK TERKINI     -   APRIL 2018


KEAHLIAN

Kanak-kanak : 33 0rang
Belia dan dewasa : 30 orang

KUMULATIF KEAHLIAN

Kanak -kanak :453 orang
Belia dan dewasa :729 orang

Jumlah Keahlian : 1182  orang.

PENGUNJUNG DAN PENGGUNA

Kanak-kanak : 659 orang
Belia dan Dewasa :1202 orang

Jumlah Pengunjung dan Pengguna :1861  orang


PEMINJAMAN KOLEKSI

Kanak-kanak :1398 naskah
Belia dan Dewasa : 2082 naskah

Jumlah Naskah Yang dipinjam : 3480 naskah

PENGGUNAAN ICT

Kanak -kanak : 126 orang
Belia dan Dewasa : 372 orang

Jumlah Pengguna ICT : 498 orang

BAHAN YANG DIRUJUK

Buku : 320 naskah
Majalah :150 naskah
Lain -lain : 35 naskah

Jumlah Bahan Yang di rujuk: 505 naskah


KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Buku :8500 naskah
Majalah : 288 naskah
Lain -lain :41 naskah

Jumlah Koleksi :8829 naskah

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

Bilangan Aktiviti: 36
Jumlah Peserta : 2019 orang







Tiada ulasan:

Catat Ulasan