TERKINI

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA.JEMPUTLAH KE PERPUSTAKAAN KAMI..

Khamis, 28 April 2016

Assalamualaikum ..Kami mengalu alukan kedatangan anda ke perpustakaan kami.Ada buku,majalah akhbar.Semoga ia boleh menambah ilmu.Buku adalah sumber yang paling tepat..jadi baca lah buku..untung jadi orang berilmu.

25.April.2016 ..Perpustakaan Simpang Sanglang mengadakan Program Jom Baca .Alhamdullillah..berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan dari pelbagai pihak.Terima kasih Jawatan Kuasa Kemajuan kampung,Kemas dan orang kampung yang menyertai.Terima kasih penyelia kemas yang hadir,Cikgu Jamilah dan Cikgu Zaleha...yang selalu bersama kami.sokongan macam ni yang membuatkan kami bersemangat nak menjalankan aktiviti lagi.
Nin dia.Kami jamu gambaq sekeping dua..
aktiviti kraf bunga sudu.

jom baca..

Gimik jom baca oleh Pn Noraini Ismail.
Bacalah sayang walaupun sepatah dua perkataan




Khamis, 21 April 2016

Kursus Asas keselamatan kebersihan dan Penyediaan Makanan

Ini minggu lepas punya cerita...16 April hingga 18 April 2016.Terima kasih untuk pihak KEMAS danJKKK Kg Simpang Sanglang.Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada penduduk Simpang Sanglang yang baru nak berniaga.
Pendaftaran Peserta


Ceramah dari tn hj Ghazali Ahmad


Demo masakan penkek oat oleh cikgu Liza .Sedapppp...tapi bila admin yang masak awat tak mau jadi tah..

.

Ucapan dari Tuan JKKK Kg Simpang Sanglang padamajlis penutup program
.


Jumaat, 15 April 2016

Aktiviti Bersama JKKK Kg Simpang Sanglang..Gunting Rambut Percuma

Itu ..Tuan Jkkk Kg Simpang Sanglang...yang cekak pinggang tu.Baik orangnya.

RTM mai buat liputan .
Ini aktiviti masa awal tahun.Gunting rambut percuma anjuran bersama JKKK Kg Simpang Sanglang.Memang dapat sambutan.Kami utamakan anak anak sekolah ...nak sekolahkan.Mesti nampak kemas .Paling seronok program ni dapat liputan dari RTM ,Harian Metro dan Kosmo.Ehhh..jangan marahhh naaa...kami masuk TV tau...Insya Allah nanti kita ajak Jkkk buat lagi program macam ni.

Khamis, 14 April 2016

Perpustakaan kami akan mengadakan Program Jom Baca ini pada tarikh dan waktu yang sama.Serentak seluruh negara.Jom la naa..pakat pakat mai.Macam macam aktiviti kita rancang:

  • Bercerita
  • Kolaj
  • Gubahan Buku
  • Tumbuk garam belacan 
Ish ..rugi sapa tak sertai...hadiah pun kita sedia.
Ni gambaq tahun lepas...meriah.

Aktiviti April 2015

Bersama anak anak Tadika Kemas Sg Padang...buat kraf burung hantu.
Aktiviti Kraf Burung Hantu..
Seronok sangat dapat buat aktiviti bersama dengan anak anak ni.Nanti mai lain ..banyak lagi aktivit kita nak buat.
Sampai meniarap..nasib baik tak lena