TERKINI

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA.JEMPUTLAH KE PERPUSTAKAAN KAMI..

Isnin, 31 Oktober 2016

ALU BUNYI





PERSEMBAHAN ALU BUNYI DI FIESTA SENI 2016 BERTEMPAT DIPERPUSTAKAAN CAWANAGN SIMPANG EMPAT.UNIK DAN MENARIK.





Merupakan sebuah alunan irama muzik yang dilahirkan melalui kegiatan menumbuk padi. Dalam kesenian tersebut alat Lesong yang diperbuat daripada kayu digunakan sebagai induk dan 'alu' sebagai alat untuk 'menumbuk' yang bertindak sebagai sound initiator iaitu alat perintis kepada unsur bunyi yang dilahirkan oleh alat lesong berkenaan.

Permainan ini begitu terkenal di kalangan masyarakat petani dan juga komuniti setempat di kawasan-kawasan tertentu di negeri Perlis dan dikaitkan dengan pesta menuai. Di kalangan masyarakat berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan kesenian ini dikenali sebagai 'Tumbuk Kalang' di mana beberapa pemain akan menumbuk lesong sambil menyanyi 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan