TERKINI

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA.JEMPUTLAH KE PERPUSTAKAAN KAMI..

Jumaat, 30 September 2016

Bacalah Al Kahfi


Assalamualaikum.Salam Jumaat.Semoga semua pengunjung blog kami diberkati dan dirahmati Allah S.W.T .Jangan lupa membaca Surah Al Kahfi hari ini.

SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”





Jumaat, 23 September 2016

ARKIB : 01/01/2010

AgroBazar Kedai Rakyat tingkatkan ekonomi


.Image result for GAMBAR MUHAMMAD IDRIS KEDAI AGROBAZAR


LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) antara agensi Kementerian dan Industri Asas tani yang memperkenalkan banyak program untuk membantu masyarakat luar bandar meningkatkan ekonomi mereka.
Antara yang diperkenalkan ialah AgroBazar Kedai Rakyat iaitu satu program membantu meringankan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana terutama di kawasan luar bandar.
AgroBazaar Kedai Rakyat berkonsepkan perniagaan milik usahawan dengan identiti tersendiri serta menjual barangan keperluan asas pada harga yang dikawal.
FAMA akan membekalkan papan tanda berlampu serta rak yang bersesuaian bagi mewujudkan suasana menarik dan seragam dengan konsep perniagaan yang akan dijalankan.
Bagi tahun ini, sebagai permulaan, FAMA mensasarkan penubuhan sejumlah 40 buah AgroBazaar Kedai Rakyat.
Bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) pula dijangkakan jumlahnya akan mencecah sehingga 1,000 unit di seluruh negara.
Ini adalah selaras dengan misi FAMA untuk membangun rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan.
Salah seorang usahawan yang telah menyertai program FAMA ini ialah Muhamad Idris Mansor dari Kg. Sungai Baru, Kuala Sanglang, Kedah.
Berusia 36 tahun, beliau yang dahulunya menjadi nelayan kini telah berjaya membangunkan perniagaan borong dan runcit di Kg. Simpang Sanglang, Perlis, terletak bersempadan Negeri Kedah dan Perlis).
Minatnya untuk berniaga timbul sejak zaman persekolahan di Ipoh dengan mengusahakan perniagaan air soya, tauhu dan taufu fah.
Selepas menamatkan pengajiannya di Sekolah Agama (2 Senawi), beliau kembali ke kampung halamannya di Kuala Sanglang dan menjalani penghidupan sebagai nelayan selama lima tahun.
Kesukaran serta kesulitan hidup yang dihadapi sepanjang tempoh tersebut telah membuka hati beliau untuk berkecimpung sepenuh masa dalam bidang perniagaan.
Beliau memulakan perniagaan gerai tepi jalan dengan menjual hasilan laut dan sayur-sayuran yang diperolehi daripada nelayan dan petani dari kawasan berhampiran.
Berkat usaha gigih serta sokongan isterinya, Aziroh Abu Bakar serta enam anak, perniagaannya terus berkembang sehingga membolehkan beliau menyewa rumah kedai tempat perniagaannya sekarang.
Kini beliau mengusahakan perniagaan kedai runcit, barangan basah (ikan, daging, ayam, sayur dan buah), barangan sejuk-beku dan stesen minyak mini.
Di samping itu, perniagaan beliau juga bertindak sebagai pembekal (pemborong) kepada peniaga-peniaga kecil di persekitaran.
Bermula Julai lalu, beliau menerima tawaran daripada pihak FAMA Negeri Perlis untuk menyertai program AgroBazaar Kedai Rakyat.
Penyertaannya membolehkan beliau menerima bantuan daripada FAMA meliputi penyediaan papan tanda, mengecat bangunan perniagaan, pinjaman rak perniagaan, payung serta kanopi di samping bekalan secara produk Agromas keluaran FAMA.
Menurut Muhamad Idris, kewujudan AgroBazaar Kedai Rakyat telah memberi nafas baru kepada perniagaannya di mana nilai jualan harian meningkat antara 20 dan 30 peratus.
Ini disebabkan keunikannya di samping konsep perniagaan yang mampu menarik lebih ramai pelanggan.
Sehubungan itu, beliau berhasrat untuk memperbesarkan perniagaannya lagi dengan meluaskan premis perniagaan serta menambah cawangan di pekan berhampiran.
Setelah 12 tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan, pulangan yang diperoleh amat membanggakan sehingga beliau mampu memiliki rumah sendiri bernilai RM 100,000 di samping membeli sebuah rumah kedai, sebuah kedai makan, sebuah perahu, kereta dan van.
Adalah diharapkan pencapaian beliau ini mampu memberi inspirasi kepada usahawan-usahawan lain untuk terus bergiat serta memajukan diri di bidang perniagaan.
FAMA akan sentiasa membantu dengan program dan aktiviti yang telah ditetapkan ke arah mewujudkan usahawan yang cemerlang, gemilang dan terbilang tanpa batasan agama, bangsa atau budaya selaras dengan konsep Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0101&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm#ixzz4L4NtGKvc 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jumaat, 9 September 2016

BUKU 25 RASUL PEMBERI RAHMAT




BUKU25 RASUL INI SESUAI DIBACA OLEH SEMUA GOLONGAN.IA MENGISAHKAN RASUL RASUL YANG DIUTUSKAN ALLAH UNTUK MEMBERI CONTOH DAN IKUTAN KEPADA PENGIKUTNYA.SESUAI UNTUK DIBACA KEPADA KANAK-KANAK.

Puisi Kemerdekaan



Karya Pnut Syafinaz
Disampaikan Oleh Wan Nur Fazlina Wan Abdullah







Jumaat, 2 September 2016

KERJA


Merdeka

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.
Merdekakan minda kita dari dijajah oleh sifat sifat negatif.
Merdekakan diri kita dari gejala yang tidak sihat.
Merdekanya kita apabila hidup dengan penuh keimanan ,tenang dan sentiasa merendah diri.