TERKINI

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA.JEMPUTLAH KE PERPUSTAKAAN KAMI..

Isnin, 31 Oktober 2016

ALU BUNYI





PERSEMBAHAN ALU BUNYI DI FIESTA SENI 2016 BERTEMPAT DIPERPUSTAKAAN CAWANAGN SIMPANG EMPAT.UNIK DAN MENARIK.





Merupakan sebuah alunan irama muzik yang dilahirkan melalui kegiatan menumbuk padi. Dalam kesenian tersebut alat Lesong yang diperbuat daripada kayu digunakan sebagai induk dan 'alu' sebagai alat untuk 'menumbuk' yang bertindak sebagai sound initiator iaitu alat perintis kepada unsur bunyi yang dilahirkan oleh alat lesong berkenaan.

Permainan ini begitu terkenal di kalangan masyarakat petani dan juga komuniti setempat di kawasan-kawasan tertentu di negeri Perlis dan dikaitkan dengan pesta menuai. Di kalangan masyarakat berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan kesenian ini dikenali sebagai 'Tumbuk Kalang' di mana beberapa pemain akan menumbuk lesong sambil menyanyi 

Isnin, 24 Oktober 2016

PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG CIKGU SUZAIDIE

 

Cikgu Suzaidie merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah dikawasan Sanglang.Beliau telah mengusahakan penternakan ayam kampung.Hobi yang membawa keuntungan kepada beliau.Untuk maklumat lanjut layarilah blog beliau.




Jumaat, 21 Oktober 2016

BAJET 2017


 YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 di Parlimen. 


Fokus

  • Komitmen kerajaan dan berteraskan kebajikan rakyat
  • Pastikan asas ekonomi negara kekal cergas dan kukuh
  • Pacu aktiviti ekonomi pastikan sistem kewangan jangka panjang sihat
  • lebih berhemah dan kreatif mengoptimunkan perbelanjaan.
Semoga Bajet 2017 membawa lebih kesejahteraan kepada rakyat.Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh melayari laman sesawang ini :

Khamis, 20 Oktober 2016

MASIHKAH KAU INGAT.KEM PERASA 14-16/10/2016





Petugas Perpustakan Desa Masjid Simpang Sanglang berpeluang menyertai kursus 
Team Building  di Kem Perasa Changkat Jering ,Perak.



Rabu, 19 Oktober 2016

Fiesta Seni 2016



Jom kita meriahkan Fiesta Seni 2016 bertempat di Perpustakaan Cawangan Simpang Empat Perlis
 27 Oktober 2016.Pelbagai acara akan diadakan.Antaranya:


  • Foto Talk
  • Pameran Agensi 
  • Pertandingan Melukis dan Mewarna
  • Sukaneka
  • Pertandingan Asam Pedas
...dan banyak lagi yang menanti disana...


Bubur Perlis

Sedang berlangsung aktiviti masak bubur Perlis di sk.Padang Keria.Aktiviti ini merapatkan lagi hubungan setiap lapisan masyarakat.Bubur ini akan diedarkan kepada penduduk setempat.




*sumber gambar dari Mani Hussin Ajk Jkkk Simpang Sanglang

Tabung Haji di PPANPs


Ada masa lagi.Jom kita ..

Khamis, 13 Oktober 2016

MEE KEBAYA PAK NDAK HAMZAH

MEE KEBAYA

MAK NDAK DIDAPURNYA
KEDAI PAK NDAK HAMZAH TERLETAK DIPERSIMPANGAN KE KG PADANG KERIA.MENYEDIAKAN PELBAGAI JENIS LAUK PAUK DAN JUGA MASAKAN PANAS.NAMUN KEISTIMEWAAN KEDAI PAK NDAK HAMZAH ADALAH MEE KEBAYA.RESEPI ISTIMEWA YANG MEMANG SEDAP DIMAKAN.PERKHIDMATAN KATERING JUGA DISEDIAKAN.HARGA DIKEDAI INI SANGAT BERPATUTAN.

UNTUK TEMPAHAN DAN KETERANGAN SILA HUBUNGI:
EN.HAMZAH AHMAD
019-5786412 ( PANGGILAN DAN WHATSAPP)

Selasa, 11 Oktober 2016

En.Hamizan Ahmad Pembekal Ayam Siap Proses.


Pembekal Ayam ,Itik siap di proses.Perniagaan ini terletak di Kg Simpang Sanglang,Perlis.Menyediakan penghantaran ke lokasi tertentu mengikut jumlah tempahan.Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan sila hubungi :

En.Hamizan Ahmad
No tel : 04-9805122

Halal,Bersih dan Segar

Rabu, 5 Oktober 2016

Cakpelum


Andai ada daun pedada,
Di buat jelum kepala budak,
Askar ada peluru pun ada,
Kenapa cakpelum berbunyinya tidak?

Pantun Nukilan Haizatul Afni Bakhtiar -PPANPs 

Permainan cakpelum yang dulunya dimain oleh kanak-kanak .Senapangnya diperbuat dari buluh manakala pelurunya adalah  buah cenderai.Pelurunya jika terkena betis,lengan atau leher akan memberi rasa yang sangat perit hingga mengalirkan air mata.Getah cenderai sekiranya terkena baju akan meninggalkan kesan kotoran yang tidak akan keluar jika dicuci.Masih adakah cakpelum pada masa ini?Alahai...terkenangnya zaman dahulu.