TERKINI

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA.JEMPUTLAH KE PERPUSTAKAAN KAMI..

Selasa, 29 November 2016

KLIK DENGAN BIJAK!

Internet ialah satu dunia yang menarik dan menyeronokkan. Namun, ia juga mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Jika tidak digunakan dengan bijak, ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Namun, dengan adanya internet, anda boleh memperluaskan pengetahuan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dari seluruh dunia serta membuat transaksi online hanya dalam beberapa saat sahaja!
Tetapi, anda juga boleh menjadi mangsa penipuan atau buli siber. Malah, jika anda menjadi ketagih kepada internet, anda boleh mengabaikan kehidupan sebenar tanpa anda sedari. Ingat, teknologi sepatutnya berkhidmat untuk anda, bukan sebaliknya.



Jumaat, 25 November 2016

AKSES KEPADA JURNAL WARISAN INDERA KAYANGAN

Artikel Jurnal : Jurnal Warisan Indera Kayangan

Jurnal Warisan Indera Kayangan adalah merupakan sebuah terbitan bersiri bercorak ilmiah yang mengandungi artikel-artikel berkaitan dengan sejarah, kebudayaan dan warisan negeri Perlis Indera Kayangan yang diterbitkan dengan kekerapan setahun sekali oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Isnin, 21 November 2016

MANUSKRIP MELAYU AL QURAN

Dikongsi dari Facebook Perpustakaan Negara Malaysia.
Manuskrip Melayu 'Al-Quran'
MSS 4500
Mushaf ini selesai disalin pada hari Khamis, 6 Jamadil thani (Jamadil akhir) 1221 Hijrah [21 Ogos 1806 Masihi].
Terdapat ragam hias yang begitu indah di beberapa bahagian awal dan akhir naskhah dengan sentuhan daripada Banyuwangi, Jawa Timur (Gaya Jawa) dihiasi bingkai berbentuk lengkungan pada bahagian bawah dan atas
Pelbagai lagi manuskrip Melayu boleh dirujuk di Aras 11, Menara Perpustakaan Negara Malaysia.
Manuskrip Melayu Khazanah Warisan Bangsa






Jumaat, 18 November 2016

WINTER WIND DI PERLIS

Apa itu Winter Wind?Winter wind ialah angin tropika monsun timur laut yang bertiup di Perlis pada Disember hingga Mac setiap tahun.Kesemua kawasan di Malaysia adalah beriklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembab sepanjang tahun. Perlis satu- satunya negeri yang beriklim monsun tropika dimana terdapat musim panas , musim luruh, musim sejuk.Perlis terletak paling hampir dengan Garisan. Jadi (garis lintang yangmenandakan kedudukan matahari tegak yang paling jauh ke selatan) dan kerana itu ia menerima tempias winter wind yang tak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia. Berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun ketika hemisfera selatan bumi paling condong ke arah matahari. Biasanya bacaan suhu ketika winter wind ini ialah sekitar 20℃-22℃ pada waktu tengah malam dan awal pagi, tapi bila tengahari ia akan mencatatkan bacaan suhu yang sangat tinggi iaitu melebihi 33 darjah celcius.Ketika hampir kepada penhujung musim ini daun daun pokok akan meluruh .Pokok kelihatan gondol .Sama seperti musim luruh di luar negara.Angin dingin bertiup lembut menyegarkan suasana.Semuanya di Perlis.Tiada di negeri lain.Bertuahnya kami di orang Perlis.Negeri kecil yang permai lagi indah.Jemputlah ke Perlis untuk sama sama merasai suasana ini.Bak kata orang tua tua.."musim timoq mai dah.."


 


BACALAH WALAU SEBARIS AYAT

 


Selasa, 15 November 2016

MENJUNJUNG KASIH

Keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulail dan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail menunaikan solat Jumaat pada 11 November 2016 di Masjid Ar Rahman Kg Simpang Sanglang.Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.

Foto Ihsan :Anuar Che Amat

Rabu, 9 November 2016

SUPERMOON

Fenomena Supermoon adalah fenomena dimana bulan berada dikedudukan paling hampir dengan bumi.Pada 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam.Semua ini akan berlaku pada 14 November 2016.Sama sama kita saksikan kebesaran Allah yang menakjubkan ini.


Selasa, 8 November 2016

BACAAN YASSIN

Alhamdullillah selesai majlis bacaan Yassin bersama kaum wanita Kg Simpang Sanglang.Mohon semoga anak anak yang memduduki peperiksaan dapat menjawab dengan tenang dan cemerlang.


Isnin, 7 November 2016

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN BERSAMA KOMUNITI KG SIMPANG SANGLANG.

Program pada 6 November ini,adalah bagi meninjau kesihatan penduduk kampung  dalam mengawasi  penyakit yang mudah berjangkit seperti TIBI dan Malaria.


Foto ihsan Mani Husin




Jumaat, 4 November 2016

TODAY IS FRIDAY

Its Friday.Have you read Al -Kahfi?Saying of the Prophet,Which means,"Whoever recites Surah Al -Kahfi on Friday,would he be blessed with light between the two on Friday
(Reported by Al-Hakim and Al -Baihaqi)

Rabu, 2 November 2016

DARAH TINGGI DI MALAYSIA

1. Tekanan Darah Tinggi / Hypertensi

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
  • Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
  • Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia  mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
  • Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010)

2. Bacaan Tekanan Darah

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75
  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
 Kategori Sistolik
 Diastolik
 Normal < 120 And < 80
 Pra Hypertensi 120- 139 or 80 - 89
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 140 - 159 or 90 - 99
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 > 160 or > 100

 

3. Penyebab-penyebab Tekanan Darah Tinggi

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Faktor keturunan & Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok
  • Pengambilan garam yang tinggi
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid 
  • Penyakit buah pinggang

 

4. Tanda dan Gejala Tekanan Darah Tinggi

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

 

5. Komplikasi Tekanan Darah Tinggi

  • Otak: Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung seperti : Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan oleh Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy.
  • Komplikasi pada mata: Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (Hypertensive Retinopathy)
  • Komplikasi pada buah pinggang: Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Peripheral vascular disease seperti: Aneurysm, Kehilangan satu atau lebih denyut nadi & pembuluh darah menjadi keras.

 

6. Rawatan Hypertensive / Darah Tinggi


Tanpa menggunakan ubatan:
  • Perlu mengubah amalan cara hidup andae
  • Amalkan permakanan sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
  • Melakukan senaman berkala
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok

 Kategori tekanan darah normal/optima
  • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian. 

Pra Hypertensi 
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
  • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 
  • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
  • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
  • Amalkan pemakanan sihat
    • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok
  • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
  • Prevent and treat complications early
  • Pengesanan komplikasi terutamanya :
    • Jantung
    • Ginjal
    • Mata
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi